Wednesday, January 7, 2009
Susulan pemaharan......
Salam semua harap ada bahan mistik yang terdapat di site ini memenuhi citarasa dan keinginan anda,di sini saya ingin memberi pesanan sedikit buat semua yang saya hormati sekalian.Kewujudan laman ini bukannya untuk menandingi dan menjatuhkan pihak yang sama melibatkan diri dalam dunia mistik ini,tapi percayalah rezeki adalah hak milik masing-masing.Allah memberi rezeki dan bukan kita hambaNya yang menentukan.Jadi saya berharap kepada saudara yang sealiran marilah kita bersaing secara sihat dan bukannya saling uji-menguji kerana saya mendapat banyak sms dari Ahlinya yang pakar dalam bidang ini,kerana saya bukan mendakwa saya hebat dari anda semua tetapi kehadiran anda dapat dirasa dengan penuh hormat.Jadi satu saja harapan saya semoga apa yang kita lakukan akan memberi kebaikan kepada orang lain kerana rezeki Allah bagi ini bukan saya sahaja yang menikmatinya,malah saya kongsi juga dengan rakan-rakan yang kurang bernasib baik.Maaflah sekiranya macam mahu menunjuk pemurah,tetapi Insyaallah,kerana apa yang saya cuba usahakan ini hanyalah sesuatu yang sangat berguna untuk yang memerlukan,kerana dalam dunia yang serba moden ini terdapat sebilangan orang yang berpura-pura tidak kisah dengan bahan mistik ini,tetapi merekalah punca segalanya.Pesanan juga buat para pemahar yang telah menyunting bahan mistik pilihan anda terima kasih diucapkan,harap anda semua bersabar kerana permintaan agak baik,bagi yang sudah mendapat bahannya ingat jangan sesekali bersikap riak kerana di situlah akan terbongkarnya intipati anda,Gunakanlah dengan sebaik-baiknya semoga apa yang anda usahakan itu mendapat keizinan Allah S.W.T kerana setiap kejadian dan asalnya daripada kekuasaan Yang Maha Esa.Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.Baiklah sekian saja dulu untuk kali ini,kerana sekarang saya berada di sebuah kepulauan untuk berjumpa dengan beberapa orang guru untuk meminta izin untuk memaharkan sejenis minyak yang sangat berguna dikala berlaku insiden patah tulang.Khasiatnya minyak ini sangat sukar didapati terutamanya yang asli.Dikenali sebagai Minyak........... Asli,kemungkinan saya hanya akan memaharkan ini hanya untuk beberapa pemahar terpilih sahaja kerana minyak ini biasa digunakan dalam ilmu hitam(ini tidak perlu saya dedahkan kerana teruji lagi saya nanti).Bagi yang sedang berguru itu boleh bertanya dengan guru anda untuk mendapatkan info tentang kewujudan Minyak ini,Mudah-mudahan usaha saya berhasil untuk mendapatkan minyak ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)